Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan, salam pertemuan, dan salam 1Malaysia.
Selamat bertemu kembali kita dalam lembaran minggu ini. Pada minggu ini kelas untuk Kursus Komputer Dalam Pendidikan dimulakan dengan teguran- teguran dan kritikan- kritikan membina tentang tugasan minggu lalu yang masih terdapat kesilapan- kesilapan yang tidak sepatutnya diulang oleh para pelajar selepas menerima kritikan dan teguran secara peribadi menerusi e- mel masing- masing. Oleh yang demikian, Puan Norhafizah Adnan telah memberi penerangan semula tentang apa yang sepatutnya dilakukan terhadap tugasan minggu lepas. Kemudian beliau memberi penerangan tentang apa yang perlu disiapkan oleh para pelajar untuk tugasan pada minggu ini. Sebelum memulakan tugasan yang baru, beliau meminta para pelajar untuk cuba menyiapakan tugasan minggu lalu dengan kadar yang segera supaya tidak ketinggalan ilmu yang sepatutnya diperoleh.
Baiklah, untuk tugasan minggu ini perlu saya perlu mencari maklumat- maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih daripada pilihan tajuk yang diberi. Dengan menggunakan mana- mana enjin carian seperti google dan yahoo, saya perlu mencari seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk Sistem Pengurusan Pembelajaran dan perlu mengkajinya secara individu. Aktiviti ini adalah untuk memupuk kemahiran berfikir. Kemudian saya perlu berbincang dengan kawan saya tentang tajuk dan topik yang sama. Perbincangan ini dilakukan secara berpasangan. Menggunakan enjin carian kami perlu mencari dan mengkaji tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran ini dari sudut pertanyaan apa, mengapa, di mana, siapa dan bagaimana. Seterusnya keluarkan senarai kelebihan yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Pembalajaran ini.
Adakan juga senarai sumber- sumber untuk topik yang dibincangkan. Kemudian, sediakan laporan dengan menggunakan Google doc dan kongsikan laporan tersebut dengan kawan- kawan, pensyarah dan juga penyelaras kursus, mereka boleh untuk memberi respon terhadap laporan itu seperti kritikan- kritikan yang membina ke arah penambahbaikkan pada tugasan- tugasan yang akan datang. Melalui Google doc, simpan atau muat turun laporan itu dan muatnaikkannyadalam fail kumpulan yahoo.
Dalam usaha untuk menyiapakan tugasan ini, saya telah menggunakan enjin carian Google dan mencari maklumat- maklumat yang berkaitan. Setiap maklumat yang diperoleh dibaca semula dan dibincangkan untuk mengambil isi- isi penting. Seterusnya, setiap isi- isi penting itu disusun dan diolah untuk dipersembahkan dalam ayat yang lengkap dan mudah difahami oleh setiap orang yang membacanya. Sumber- sumber maklumat juga turut disertakan sebagai rujukan bersama.
No comments:
Post a Comment