Wednesday, 12 October 2011

Tugasan Minggu Ke-4

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan, salam pertemuan, dan salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita bersua di laman ini buat ke sekian kali. Apa khabar semua? Diharap nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan ini tidak disia- siakan sahaja. Insha-Allah.

Tugasan pada minggu ini adalah berkaitan dengan beberapa tajuk yang telah ditentukan, tetapi masih diberi kelonggaran untuk pelajar- pelajar memilih tajuk yang dirasakan mampu untuk mereka ambil dan siapkan tugasan tersebut. Antara tajuk- tajuk pilihan ialah :

  • 21st Century Skills
  • Thinking Skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing ) and Operating System
  • Original and Licensed Software
  • Open Source Software
  • Web 2.0 in Education
  • E- learning and Mobile Learning
Setiap kumpulan boleh memilih satu tajuk dan perlu mencari maklumat- maklumat yang berkaitan, seterusnya buat pengolahan maklumat mengikut kefahaman untuk dikongsi bersama- sama dengan kawan- kawan yang lain setelah dimuatnaik dalam Google doc dan 'facebook group'.

Saya dan pasangan kerja saya telah memilih tajuk 21st Century Skills ( Kemahiran- kemahiran Abad Ke-21). Kami telah bersetuju untuk menyiapkan tugasan ini dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah, diberi keizinan oleh Puan Norhafizah Adnan. Kami menggunakan enjin carian google dan yahoo untuk mencari maklumat- maklumat yang berkaitan. Kemudian, kami adakan perbincangan sesama sendiri bagi mengenalpasti maklumat- maklumat yang perlu dan tidak perlu supaya isi tugasan nanti tidak lari daripada tajuk yang dipilih. Seterusnya kami mengolah setiap maklumat yang kami kumpulkan mengikut kefahaman kami. Jadi tiada unsur plagiat dalam usaha kami menyempurnakan tugasan ini. Setelah itu, tugasan tersebut dimuatnaik dalam google doc dan facebook group untuk tutjuan perbincangan secara berkumpulan yang besar selain dari tujuan perkongsian. Untuk perkongsian maklumat dan perbincangan itu, kami bersetuju untuk memilih facebook group pasangan kerja saya. Alhamdulillah, setelah dimuatnaik nampaknya ada respon positif dari ahli- ahli kumpulan tersebut. Sememangnya itulah yang kami harapkan supaya kami dapat memperbaiki lagi setiap kekurangan dalam tugasan ini dan sebagai pengalaman bagi menghadapi tugasan- tugasan yang akan datang. 

Masalah merupakan satu proses pembelajaran sepanjang hayat, perbincangan membuahkan kefahaman yang membawa kepada kemantapan idea, manakala perkongsian merupakan satu saluran penyampaian ilmu dan juga merupakan aliran berguna yang perlu dan mesti dialami oleh setiap yang menginginkan kejayaan. Insha- Allah.

No comments:

Post a Comment