Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan refleksi pada minggu ini. Pada minggu ini tugasan masih berkisar tentang tajuk yang dipilih pada minggu sebelumnya. Namun, pada kali ini perkongsian tentang masalah-masalah yang telah dikenalpasti sebagai halangan kepada pengaplikasian kemahiran-kemahiran ini secara keseluruhannya.
- Pendidikan berteraskan peperiksaan
- Di Malaysia, pendidikannya lebih berfokus kepada sistem peperiksaan berbanding dengan menguasai kemahiran- kemahiran ini. Pada era globalisasi yang berteknologi kini, masyarakat Malaysia juga merupakan sebuah masyarakat yang tergolong dalam golongan masyarakat minda kelas pertama. Oleh itu, segala kemahiran yang diperlukan pada abad ini harus dikuasai sepenuhnya supaya kita mampu untuk berdiri dan duduk setaraf dengan negara- negara membangun yang lainnya.
- Guru- guru yang bertanggungjawab untuk mengajar subjek yang berkaitan kurang kemahiran mengajar selain tidak menguasai ilmu yang berkaitan ddengan sepenuhnya. Hal yang demikian boleh menyebabkan kegagalan maklumat yang disampaikan untuk sampai kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar tidak mampu untuk mengikuti pedagogi dengan sempurna menyebabkan ada pelajar yang tamat pengajian dalam keadaan tidak mengetahui apa- apa tentang ilmu dan kemahiran abad ke-21 ini. Apatah lagi untuk menguasainya.
- Berlaku kekurangan program untuk memperkenalkan dan memberi didikan yang sepenuhnya tentang kemahiran abad ke-21 ini kepada para pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar- pelajar tidak jelas akan rasionalnya mereka melibatkan diri dalam pedagogi seperti ini. Keadaan ini aamat ketara jika dilihat kepada para pelajar di luar bandar atau pedalaman. Oleh yang demikian, perlu bagi pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan- kemudahan dan program- program yang berkaitan dan efektif untuk sama-sama menjayakan usaha untuk melahirkan pelajar- pelajar yang akan menghadapi dunia kecanggihan maklumat ini.
No comments:
Post a Comment